Tuesday, April 19, 2011

makin mengarut

assalamualaikum

semakin hari semakin banyak plak isu berbangkit di K.U.I.S. adeh -..-". ape lagi yang tak sudah sudahnya wahai encik KUIS. n apa lagi yang tak puas hatinya wahai encik encik dan puan puan yang menuntut di K.U.I.S? aku baru je nak bertenang dan kembali positive untuk berada di KUIS untuk 3 sem akan datang. baru settle satu isu dah datang satu isu. encik encik dan puan puan yang berada di KUIS ni memang hebat ar. tau tau je ape isu baru yang berlaku di KUIS. ape kate kali ni kite amik cuti yang tinggal tak seberapa ni utk menenangkan pikiran di jiwa masing masing. ok x? cuba untuk bertenang. tarik nafas lepas. ulang sebanyak 10x -..-'

1: mengenai tudung labuh yang telah dikuat kuasa kan sepanjang sesi 10/11. ramai gila yang membantah pasal isu tudung ni. tak kurang gak ngan aku yang dah berbakul bakul aku maki kat KUIS. tp bila di pikir pikirkan balik benda tu memang dah ade di buku peraturan KUIS sejak lame dulu. so kenapa kita nak bantah. walaupun aku sedikit memberontak -..-". aku dengan ini mengambil langkah malas cari pasal isu tudung ni di KUIS. why not dalam KUIS ikot aje kat luar lantak pi la hang. hehehe ^^

2: tak boleh memakai seluar jeans dalam kawasan KUIS bagi pelajar siswa. adeh. seluar jeans pon nak larang ke? naseb bek isu ni dah ditutup. so dak dak laki leh pakai seluar jeans tp tak leh bawak masuk kelas. kira ok ar tue. dah settle satu isu.

3: pelajar dilarang membawa kenderaan. kecuali student luar dan tahun akhir. yang ini mmg aku tak sokong 100% walaupun aku student luar. sebab? bayangkan kalo bdk yang duduk asrama. kalo lapar malam malam. kompem ar kene beli makanan kat luar sebelum pagar gate tutup. lagi satu. kalo ade urusan di luar contoh nak g bank. kompem ar member member yang bawak kete leh mintak tolong ngan syarat belanje teh o ke. isi minyak ke. bayar tol ke. pastu kalo member member sakit kat asrama malam malam. tibe tibe sakit jantung *bkn ko amoi.org lain ^^. atau asmah. atau demam panas. atau allergic. atau ape ape ar yang memerlukan rawatan segera takkan nya fellow nak bawak g klinik. mesti dia cakap ala sakit sikit je. tunggu esok je ar. atau pon fellow balek kampung. x ke haru member tue. ni melalui pengalaman sendiri ek. atau sebab lain mengenai masalah family. family sakit. * bkn doakan family member sakit ar. tak ke kita nak kene balek dengan segera. buatnya time tu malam. ktm mane operasi dah. 7-11 je yang bukak 24 jam. common ar KUIS. pikir jauh sikit masalah student pasal kenderaan ni. alasan x cukup tempat parking tak relevant ar. kalo tak cukup kenapa tutup parking asrama tue. buat tempat orang main riadah. panjang plak aku membebel.

4: semua pelajar diwajibkan duduk asrama. dah timbul satu lagi isu. dah ar tak leh bawak kete. kene plak duduk asrama. memang tak ar haku nak duduk asrama. sebabnya aku memang dah duduk luar sejak diploma lagi. rumah sewa aku dah lengkap dah pon dengan semua benda. tak perlu ar panggil aku duduk dalam sebab aku memang tak nak pon. hehehehe ^^

5: ini plak isu terbaru. siswa dan siswi tak bleh campur kelas. khabar angin taufan. adehhh -..-". memang btol btol zaman sekolah menengah tol ar. bab ni aku no komen. sebab aku tak rase ape ape pon. lantak ar nak ade laki ke tak ke dalam kelas aku. yang pasti aku datang nak belajar. poyos. :p

so ape yang boleh kite buat cube ar berfikiran positive * padahal baru je marah marah tadi. mungkin pentadbiran cuba wat yang terbaik yang kite tak nampak. pikir ar mane yang elok dan tak. dah rase terbaik ape yang korang pikir baru ar bertindak. orang kate sebelum bertindak biar akal jalan dulu jangan perbuatan. tak yah ar bising bising nak bakar KUIS tue. kalo terbakar pon, nanti rektor buat bangunan baru. peraturan tetap sama.

ok ar. dah penat membebel. ^^ positive thinking bak kate cik amoi aris.

Sunday, April 17, 2011

kemas oh kemas

assalamualaikum

orang kate hari ahad adalah hari sekeluarga. maka hari ahad ni merupakan hari sekeluarga aku mengemas seisi rumah. *baru nak layan novel. hukhukhuk walaupun kat umah nie hanya ade aku, puan mak, encik abah n encik along. maka kami berempat saje ar yg kemas. *cehhh..naseb bek cik adik adik aku x balek, kalo x memang kene buli ngan aku ar gamaknya.

encik along ditugaskan mengemas depan dan kotak kotaknya. encik abah plak ditugaskan untuk...erkkk encik abah dah tido pon. puan emak dan aku kemas dapur n luar kawasan dapur. macam biasa ar, puan emak suka deco deco umah dia, tapi dia tukang tunjuk je, haku yang tukang ubah. cehhh =.=".

begitu ar terjadi pada hari ahad. tapi jangan risau, dalam banyak banyak hari ahad hanya setahun sekali je yang nak kemas umah sama sama. kalo x, semua ada depan tv sambil goyang goyang kaki layan CSI. dan rumah pada hari ahad lah rumah paling sepah sebab semua happy melayan diri sendiri tanpa rajin mengemas. dan isnin tue adalah hari paling happy aku kemas rumah sorang sorang =.=".

x sabar nak tunggu cik adik aku dr langkawi balik sbb lepas ni turn beliau plak. hehehe ^^

Saturday, April 16, 2011

aku bangga punya abg seperti kamu ^^

assalamualaikum

sumpah aku mmg bangga ade abang persis kamu. kenapa aku bodek dia? ni bkn bodek tp kate kate perli yg manis didengar oleh semua orang. hehehe. abg aku sorang ni memang sangat pandai memasak. * kalo kak milah tau ni kembang kempis hidung dia. tapi satu perangai dia je yg aku amat ar suke menolong (bapak fedap ngan beliau) iaitu terpaksa kemas semua bahan bahan sebelum beliau masak. dan selepas beliau masak. dari x de kerja terus ade kerja kalo beliau ni masuk dapur. naseb kamu masak sedap wahai encik along. kalo x dah berguni guni haku nyumpah kamu. kadang kadang terasa alergic plak kalo beliau kate nak masak. walaupun aku ngan rela hati (oh x) menolong membasuh pinggan mangkuk periuk besen tapis yg beliau pakai. (naseb bek beliau jarang jarang masak) apa apa pon makan tetap makan. aku berharap sgt supaya encik along ni cepat kawen ngan cik tunang dia supaya kalo dia sepah sepah untuk masak masak ada org tukang kemas. xde ar aku penat dah pasni *ampun kak milah oi.  tp ape ape pon encik along. kamu masak memang sedap n best ar walaupun aku sakit hati mengemas. hehehe. kak milah pasni habis ar kamu. turn kamu plak sakit hati ngan beliau. tunggu masa saje.

walau ape pon, beliau memang best dan seporting (erkk..terpuji plak) dan sgt caring ngan adik adik beliau lagi lagi aku. * x pon. hari hari kene buli ngan beliau =.=" kalo ajak g karok beliau adelah seorg yg sgt rajin ikot. sape sape x de geng leh ajak beliau. sore boleh tahan ar.  hahaha. tp mcm biasa ar, along tetap along x kan jd org lain. sabar je ar. dah kawen baru berubah kot (aminnn) ^^

kepada kak milah a.k.a kak amy. pasni turn kamu plak kene buli ngan encik along. yesss!!!!

ni ar abgku yg hensem *x pon* ngan tunangnya kak amy yg cun (erkk)

Friday, April 15, 2011

KINI TIADA RAHSIA LAGI

assalamualaikum

dah lame x bukak ini beloog. rase dah banyak dah sawang sawang kat beloog ni. tp disebabkan atas kerajinan cik amoi aris membersihkan sawang sawang yg ade, make dgn ini aku telah pon mengupdatekan satu lg entry aku. *ngah semangat mengupdate, nanti bln dpn aku update cite lain plak. hehehe. * berkulat ar beloog aku ni gamaknya. ^^

ok, oleh sebab cik amoi aris telah bersusah payah mengeditkan ngan upah kaseh sayang aku. aku pon nak cerita kisah baru baru ni yang berlaku dlm hidup aku. aku telah kapel ngan kekasih gelap aku ini selama 8thn ++ dan thn ni adelah thn ke-9 kami. so aku telah mengambil step pertama aku iaitu bagi tau mak n abah aku berkawan ngan sape. *bayangkan 8thn aku sorok* mmg aku seorg yg leh dipercayai utk simpan rahsia tol. erkkk. rilex. ramai plak yg membantahnya.-.-' . so atas perbincangan org org tua, ayah aku telah mengeluarkan satu tarikh pade 9hb 4 ni untuk dtg merisik aku. fuhhh. terkejut. tp redah je ar sebab dah kuar tarikh kan. sape suh gatal mulut bg tau awal awal. hehehe. kononnya yg akan dtg dlm 6-10 org saje. tp yg dtg ramai mcm wat majlis tunang plak. xpe xpe.

so kat bawah ni ade pic aku ngan beliau sepanjang majlis berlangsung. bdk bdk x leh dtg time tue. hehehe. 

dari pihak latif. tema biru

cincin tanda

sesi menyarung cincin *tetiba ade sesi ni* aku yg pelik

latif yg malu malu kucing

ok tu ade lah sebahagian gambar gambar yg telah diambil mase hari kejadian. sebenarnya byk lg kat FB tp gambar tue telah diprivatekan. dan utk step yg seterusnya akan berlangsung pade hari dan tarikh yg akan ditetapkan. * aku pon x tau bila*. 


kepada anda yg lain lagi lagi cik amoi aris bilakah mase anda plak.
dan pade cik yuyu zulaikha sile suruh lelaki mase depan kamu melamar kamu dgn secepat yg mungkin ^^



khas wat kamu

dengan adenya blog yg kelihatan cantek nie...aku dengan ini ingin berterima kaseh same amoi aris kerana bersusah payah mengedit kan blog aku...so sesape yang nak suh cik amoi aris edit sile ar.free je.bhahahaha. esok kompem kene sepak ngan beliau.