Thursday, July 28, 2011

bufday gegurl!!!

assalamualaikum.

kali ni nak bercerita pasal bufday gegurl si amoi aris. ape lagi bufday nya jatuh pade 25 julai 2011. so haku berpakat ar ngan dak dak umah haku untuk membuat kejutan ngan membuat party kecil kecil (padahal aliman yang berpakat ngan kitaorg untuk wat party amoi ni, sajeje nak name lebih). kebetulan plak si amoi ni tak tau yang haku balik hari isnin. sebab aku cadang balik hari selasa. tapi tibe tibe dah balik hari isnin. kenapa aku kene balik hari isnin plak, sangat panjang citenya. sape nak tau sile msg aku kat hanpon aku. aliman merangkap pakwe mithali amoi mintak tolong kat kami masak bihun goreng dan katenya dia akan seponser kek. baik sungguh hati beliau. Mr. T sile buat macam tu kat saya. hehehe. haku balik balik kelas pergi ar shopping membeli barang untuk masak. ala kitaorg gi kedai runcit je.

ok cite banyak pon tak best. mempersembahkan hasil yang kami dapat pade hari kejadian.

kek bufday amoi ikhlas dr aliman
bihun hasil buatan anim n zue. aku tukang rasa je
kad bufday dari kami (zue,anim haku n kecah)
amoi wif aliman
c-4-11
yg menjayakan majlis
bergambar bersama hot kakak ^^



terima kasih pade yang sanggup telan bihun n air oren hasil air tangan kami. kalo ade sebarang komplem sile ngumpat di belakang. ape ape pon. happy belated bufday cik amoi aris. thanks kerana sudi jadi cikgu aku 3 sem nie.

Monday, July 18, 2011

dah di cop

assalamualaikum...

wah. dah lame tak update belog nie. hari ni baru berpeluang nak berbelog. rindu plak nak bace belog orang lain. kali ni haku nak bercerita mengenai e-day aku. aku dah bertunang ke? macam tak percaya plak.

selepas aku dirisik oleh sang jejaka pujaan hati aku (eeyukk), kali ni kami amek mase untuk bertunang plak. haku plak memilih tarikh tunang aku sempena tarikh BERSIH malaysia. 9 Julai 2011 sangat ar bijak. bukan salah haku ek pilih tarikh tue. BERSIH yg pilih tarikh haku. hehehe.

terima kasih pada amoi,zuraini,sumaiyah n kecah yang bersusah payah di belakang tabir. terharu gile ar ngan korang. lagi lagi dapat makan nasi goreng buatan sumaiyah n kecah di pagi hari n cekodok hasil air tangan amoi n zuraini. habis kot. kalo tak habis pon cik comot kan ade. hehehe. oh lupe plak pade anim yang sudi gak datang ke majlis aku.

akhirnya cinta 9 tahun aku ngan kekasih gelab aku berakhir jugak. sekarang kekasih gelab aku dah bertukar kepada kekasih terang. hehehe. sweet ar konon kononnya tue. majlis haku berlangsung kat kg. tercinta simpang pelangai. sebelum hari kejadian kitaorg ramai pergi mencari durian. sajeje haku bagi pengalaman kat member member haku ni belajar cari durian sendiri. baru rasa balik kampung.

 
bergaya bersama durian

hasil yang tangkapan kami
sementara menunggu pihak lelaki habis berbincang, kami pon sebuk ar bergambar di sekitar kawasan umah. dah macam old school dah kampung haku dalam kamera. haku yang leka nak tangkap gambar sampai terlupa sepatutnya kene nervous pada hari kejadian. adeh dah tak feel.


mempersembahkan mereka-mereka di belakang tabir


ni ar mmber2 aku di belakang tabir

ngan adik beradik aku (termasuk kak amy gak)

bakal mother in law aku yg comel

selesai sesi menyarung cincin

hantaran 7-9

wif mak abah n bakal makcik2 n MIL aku

ni ar Mr. T aku (sweet x?)

macam tak caya plak kan. tapi ape boleh wat. saya telah di cop oleh 'pak encik saya'. sangat ar happy pade hari kejadiaan. kali ni haku kene bersedia dengan cabaran cabaran sepanjang menjadi tunang orang.

thanks pade ahli keluarga aku yang bertukus lumus menyiapkan majlis tersebut. lagi lagi kat mak abah abang abang haku adik adik haku. kak amykak de muna yg paling banyak membantu majlis haku. tak de korang kompem rumah tak terurus. 

lepas ni kompem ar ramai plak yang ikot jejak langkah kami. next majlis cousin haku yang kat puchong. bile tu haku tak tau ar plak. 

Friday, June 3, 2011

perjalanan malam

assalamualaikum

tengok cuaca macam nak hujan je. tapi semalam pon nampak macam nak hujan tapi tak hujan pon. malam ni kami iaitu anim, aliman a.k.a ali imran, lukman, kecah, sumaiyah, hamizah, sabri, arep, hapis, wan, and idrus akan berangkat ke KELANTAN bagi meraikan sahabat kami yang akan berkahwin pade hr sabtu 4hb 6 ni. 

tapi sayang gak sebab ramai orang yang haku harap dapat pergi terutama abdul latif tapi tak dapat pergi atas sebab sebab tertentu. haku tacing ngan korang wei. *tipu.

kali ni haku rase memang satu perjalan yang sangat ar lame dan memenatkan. diaorang yang berpengalaman kate 8 jam perjalanan. adoiii. belum pergi lagi dah rase berkobar kobar nak blk KL. hahaha. tibe tibe rase home sick. macam mane ni. padahal belum bertolak lagi. 

ok check list nak bawak ape plak. benda wajib opkos ar my kamera. nasib baik yang pergi kali ni memang hantu gambar. ipod aliman. sebab leh main games. 8 jam kot. iron, biasa ar orang pompuan. hehehe

kitaorang akan berangkat pade pukul 9 malam nie. so hope perjalan kami selamat tiba di KELANTAN n pulang di BSP dengan selamat.

special wat amoi, zue and kak zaid. 

walaupun korang tak dapat pergi tapi aku respect ar ngan korang sebab korang tak jadi anak derhaka n adik derhaka. kalo orang lain mungkin dah pergi jugak sebab nak enjoy ngan kawan kawan. ape ape pon, family first. mungkin kite dapat bercuti di tempat lain satu hari nanti. korang jangan ar sedih sangat. 2 hari je pon kami pergi. ^^ masih dalam malaysia pon lagi. 

ok ar. doakan haku selamat tibe di kelantan n pulang balik ke BSP nie. daa~
kawan kawan lain. bersedia ek... ^^

Friday, May 6, 2011

cerita kedai kopi 1 ^^

assalamualaikum

hari ni aku nak cite something yang berlaku semalam. ingat nak cite smalam. tapi disebabkan penat yang amat. dapat check FB n gayut gayut ngan encik kekasih gelab aku terus aku tido.

alkisahnya bermula sejak aku perasan dari hari 1st aku setting atau name jawenye kemas buku di SMK subang. sebelum tue, meh aku citekan serba sedikit mengenai sekolah nie. population untuk student kat sekolah ni sangat ar ramai ade dalam 2000 student. ramaikan? sekolah ni leh kate besar ar jugak. ngan kantin yang besar sgt selesa ar utk budak budak ni makan makan atau minum minum. n waktu rehat mereka semua 30 minit je dan lain lain waktu pendek kate setiap form tak same ar. bagus. tak de ar rebut rebut kalo nak beli makanan nanti. kantin dia bersih n banyak jual makanan. tak macam kantin aku dulu. jual nasi lemak. mee. ngan bihun je. tak bersyukur tol aku ni :p.

ok dipendekkan cerita, mula ar nak bergosip ni. hehehe. aku perhatikan budak budak sekolah nie asal ade je mase terluang je kompem akan gi ke public phone. tak kire ar time tu rehat ke atau tak. mereka akan datang ke public phone. baik form 1 sampai ar form 5. same je. maklumlah kat sekolah tak leh bawak handphone. tapi ade je yg bawa. hehehe. hr terakhir yakni semalam. aku yang bz mengemas buku untuk di CN dan perlu masuk ke kotak terdengar dengan sengaje nya perbualan mereka di public phone tue. maklumlah meja yang aku kene kemas dekat plak ngan public phone, so aku plak yg memang nak sangat tau, terus pasang telinga dan pura pura mengemas buku.

budak pompuan: abg wat pe tue?
bdk dlm phone: *&^*&%*$ (tak tau dia jawap ape)
budak pompuan: saya kat sekolah lg. sajeje keluar kelas nak kol awak.
bdk dlm phone: $##%$&#& (x tau gak dia jwp ape)
bdk pompuan: mcm ni ar. saya tau sy salah. so saya mintak maap. tak kire ar abg nak pikir mcm mane skali pon saya bagi abg mase seminggu untuk pikirkan. saya tau saya tetap nak balik kat abg. bye

ade ke patut dak pompuan tu main pakse pakse suh terima dia balik. terdesak sangat ape. haish. aku pon pure pure ar tanya. eh adik tak rehat lg ke. adek ni form bape.
bdk pompuan tue slumber tanpe musykil pape kat aku dan terus jwp. kitaorg form 1 rehat kol 4 td ar kak.
see. budak tu baru form 1. muda lagi beb. ni baru bln 5 dah sebuk bercinta.

ni baru kes pertama. kes yang kedua aku dengar. memang bz body tol aku nie. haish. budak ni budak laki. samada budak form 1 atau form 2 aku tak pasti. tp yang boleh aku ckp asal ade time je dia pon kol someone kat. dan dr percakapan beliau. dia kol senior beliau sesi pagi. adehhh. ade gak hati tue nak ngorat senior. hehehe. tak pe adik adik sekelian. korang kan dah besar. kalo rase mcm tue baik untuk kesihatan korang. wat ar.

ok. aku rase sampai sini saje ar kot. nanti aku akan update lg cite dak dak dari semasa ke semase. haishh make akan ade ar cite kedai kopi ke dua dan ketiga dan bla bla bla bla :p