Thursday, July 28, 2011

bufday gegurl!!!

assalamualaikum.

kali ni nak bercerita pasal bufday gegurl si amoi aris. ape lagi bufday nya jatuh pade 25 julai 2011. so haku berpakat ar ngan dak dak umah haku untuk membuat kejutan ngan membuat party kecil kecil (padahal aliman yang berpakat ngan kitaorg untuk wat party amoi ni, sajeje nak name lebih). kebetulan plak si amoi ni tak tau yang haku balik hari isnin. sebab aku cadang balik hari selasa. tapi tibe tibe dah balik hari isnin. kenapa aku kene balik hari isnin plak, sangat panjang citenya. sape nak tau sile msg aku kat hanpon aku. aliman merangkap pakwe mithali amoi mintak tolong kat kami masak bihun goreng dan katenya dia akan seponser kek. baik sungguh hati beliau. Mr. T sile buat macam tu kat saya. hehehe. haku balik balik kelas pergi ar shopping membeli barang untuk masak. ala kitaorg gi kedai runcit je.

ok cite banyak pon tak best. mempersembahkan hasil yang kami dapat pade hari kejadian.

kek bufday amoi ikhlas dr aliman
bihun hasil buatan anim n zue. aku tukang rasa je
kad bufday dari kami (zue,anim haku n kecah)
amoi wif aliman
c-4-11
yg menjayakan majlis
bergambar bersama hot kakak ^^



terima kasih pade yang sanggup telan bihun n air oren hasil air tangan kami. kalo ade sebarang komplem sile ngumpat di belakang. ape ape pon. happy belated bufday cik amoi aris. thanks kerana sudi jadi cikgu aku 3 sem nie.

Monday, July 18, 2011

dah di cop

assalamualaikum...

wah. dah lame tak update belog nie. hari ni baru berpeluang nak berbelog. rindu plak nak bace belog orang lain. kali ni haku nak bercerita mengenai e-day aku. aku dah bertunang ke? macam tak percaya plak.

selepas aku dirisik oleh sang jejaka pujaan hati aku (eeyukk), kali ni kami amek mase untuk bertunang plak. haku plak memilih tarikh tunang aku sempena tarikh BERSIH malaysia. 9 Julai 2011 sangat ar bijak. bukan salah haku ek pilih tarikh tue. BERSIH yg pilih tarikh haku. hehehe.

terima kasih pada amoi,zuraini,sumaiyah n kecah yang bersusah payah di belakang tabir. terharu gile ar ngan korang. lagi lagi dapat makan nasi goreng buatan sumaiyah n kecah di pagi hari n cekodok hasil air tangan amoi n zuraini. habis kot. kalo tak habis pon cik comot kan ade. hehehe. oh lupe plak pade anim yang sudi gak datang ke majlis aku.

akhirnya cinta 9 tahun aku ngan kekasih gelab aku berakhir jugak. sekarang kekasih gelab aku dah bertukar kepada kekasih terang. hehehe. sweet ar konon kononnya tue. majlis haku berlangsung kat kg. tercinta simpang pelangai. sebelum hari kejadian kitaorg ramai pergi mencari durian. sajeje haku bagi pengalaman kat member member haku ni belajar cari durian sendiri. baru rasa balik kampung.

 
bergaya bersama durian

hasil yang tangkapan kami
sementara menunggu pihak lelaki habis berbincang, kami pon sebuk ar bergambar di sekitar kawasan umah. dah macam old school dah kampung haku dalam kamera. haku yang leka nak tangkap gambar sampai terlupa sepatutnya kene nervous pada hari kejadian. adeh dah tak feel.


mempersembahkan mereka-mereka di belakang tabir


ni ar mmber2 aku di belakang tabir

ngan adik beradik aku (termasuk kak amy gak)

bakal mother in law aku yg comel

selesai sesi menyarung cincin

hantaran 7-9

wif mak abah n bakal makcik2 n MIL aku

ni ar Mr. T aku (sweet x?)

macam tak caya plak kan. tapi ape boleh wat. saya telah di cop oleh 'pak encik saya'. sangat ar happy pade hari kejadiaan. kali ni haku kene bersedia dengan cabaran cabaran sepanjang menjadi tunang orang.

thanks pade ahli keluarga aku yang bertukus lumus menyiapkan majlis tersebut. lagi lagi kat mak abah abang abang haku adik adik haku. kak amykak de muna yg paling banyak membantu majlis haku. tak de korang kompem rumah tak terurus. 

lepas ni kompem ar ramai plak yang ikot jejak langkah kami. next majlis cousin haku yang kat puchong. bile tu haku tak tau ar plak.