Monday, July 18, 2011

dah di cop

assalamualaikum...

wah. dah lame tak update belog nie. hari ni baru berpeluang nak berbelog. rindu plak nak bace belog orang lain. kali ni haku nak bercerita mengenai e-day aku. aku dah bertunang ke? macam tak percaya plak.

selepas aku dirisik oleh sang jejaka pujaan hati aku (eeyukk), kali ni kami amek mase untuk bertunang plak. haku plak memilih tarikh tunang aku sempena tarikh BERSIH malaysia. 9 Julai 2011 sangat ar bijak. bukan salah haku ek pilih tarikh tue. BERSIH yg pilih tarikh haku. hehehe.

terima kasih pada amoi,zuraini,sumaiyah n kecah yang bersusah payah di belakang tabir. terharu gile ar ngan korang. lagi lagi dapat makan nasi goreng buatan sumaiyah n kecah di pagi hari n cekodok hasil air tangan amoi n zuraini. habis kot. kalo tak habis pon cik comot kan ade. hehehe. oh lupe plak pade anim yang sudi gak datang ke majlis aku.

akhirnya cinta 9 tahun aku ngan kekasih gelab aku berakhir jugak. sekarang kekasih gelab aku dah bertukar kepada kekasih terang. hehehe. sweet ar konon kononnya tue. majlis haku berlangsung kat kg. tercinta simpang pelangai. sebelum hari kejadian kitaorg ramai pergi mencari durian. sajeje haku bagi pengalaman kat member member haku ni belajar cari durian sendiri. baru rasa balik kampung.

 
bergaya bersama durian

hasil yang tangkapan kami
sementara menunggu pihak lelaki habis berbincang, kami pon sebuk ar bergambar di sekitar kawasan umah. dah macam old school dah kampung haku dalam kamera. haku yang leka nak tangkap gambar sampai terlupa sepatutnya kene nervous pada hari kejadian. adeh dah tak feel.


mempersembahkan mereka-mereka di belakang tabir


ni ar mmber2 aku di belakang tabir

ngan adik beradik aku (termasuk kak amy gak)

bakal mother in law aku yg comel

selesai sesi menyarung cincin

hantaran 7-9

wif mak abah n bakal makcik2 n MIL aku

ni ar Mr. T aku (sweet x?)

macam tak caya plak kan. tapi ape boleh wat. saya telah di cop oleh 'pak encik saya'. sangat ar happy pade hari kejadiaan. kali ni haku kene bersedia dengan cabaran cabaran sepanjang menjadi tunang orang.

thanks pade ahli keluarga aku yang bertukus lumus menyiapkan majlis tersebut. lagi lagi kat mak abah abang abang haku adik adik haku. kak amykak de muna yg paling banyak membantu majlis haku. tak de korang kompem rumah tak terurus. 

lepas ni kompem ar ramai plak yang ikot jejak langkah kami. next majlis cousin haku yang kat puchong. bile tu haku tak tau ar plak. 

3 comments:

  1. hehehehe..insyaallah pasni aku..
    http://syamiell.blogspot.com/2011/07/cousin-engagement.html

    ReplyDelete
  2. ayong: insyaAllah


    kak amy: alhamdulillah. selesai sudah.

    ReplyDelete